Kak Em

Nama : Kak Em
Tugas : Penyiar
Konti : Kuantan Pahang


Dj Kak Em atau nama sebenarnya Pn Mastura secara hakikinya adalah seorang pendidik di sebuah sekolah di Kuantan. Bidang perguruannya menjurus kepada sains namun meminati seni muzik dan lakonan.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam mengacarakan majlis majlis formal dan rasmi sejak tahun 1990. Mula meluaskan pengalaman bersiar di majlis perkahwinan dan karnival sejak 2008 sekaligus mendalami pengendalian peralatan sistem siaran. 

Memulakan tugas sebagai seorang penyiar iRadio bila diterima dan diberikan ruangan di iRadio SantaiFM, CiliFM masing-masing bermula pada tahun 2012 dan 2013. Pernah dijemput sebagai Juru Hebah jemputan di KobatFM manakala penglibatan di CeriaFM seawal 2018 setelah diperkenalkan oleh Dj Sally Rahman dan mahu dikenali dengan taglinenya "Moh Rodong-Rodong". Rodong adalah istilah Pahang yang bermaksud "Kawan".

Pada tahun 2016 beliau telah diberikan kepercayaan untuk menubuhkan  dan sekaligus pentadbir radio sekolah yang dikenali sebagai Radio Suara SKC dengan tagline "Cilik, Cakna, Ceria". Seramai 13 orang penyiar cilik telah ditampilkan dalam program ini. Projek inovasi radio sekolah ini telah berjaya dinobatkan sebagai Johan AKK peringkat kebangsaan kategori sekolah rendah di kawasan bandar.
Share:

Faizal Muzni

Nama : Faizal Muzni
Tugas : Penyiar
Konti : Semenyih

Faizal Muzni atau singkatannya FM merupakan seorang penyiar yang baru menyertai CeriaFM dalam tahun 2018.

Beliau memulakan tugas sebagai penyiar di iRadio sejak tahun 2006 bila memohon bersiar di NasyidFM dan masih bersiar di radio yang sama pada masa ini.

Pada suatu ketika aktif bersiar dalam program yang dikendalikan oleh Dj Kong Eu TraXXFM yang membincangkan isu-isu alam sekitar di rantau Nusantara. Beliau juga pernah terlibat dalam penubuhan sebuah radio frekuensi di Desa Harapan Jaya, Inderagiri Hilir (InHill), Riau yang diberi nama SelasihFM bersiaran di frekuensi 107.7 MHz pada Julai 2012. Program penyiaran radio ini adalah salah satu program pembangunan desa di Indonesia atas dana yang disumbangkan dalam program APFP (Asean Peatland Forest Program) dan SEAPeat (South East Asia Peat) oleh Kesatuan Eropah (EU) dan United Nation (UN)

Tugasan beliau tidak terhad di situ sahaja tetapi, telah bersama beberapa iRadio yang lain seperti DesaFM, SeriFM, KaryaFM, LTFM dan DelimaFM adalah yang terakhir sebelum menyertai CeriaFM. Kegemaran beliau adalah penulisan kreatif dan meminati puisi. Jika ditanya mengapa ?, katanya penulisan puisi adalah penulisan secara abstrak. Tidak ada yang salah atau yang benar manakala maksud yang tersirat adalah datang dari penulisnya. Pembaca boleh menterjemahnya dengan makna yang tersendiri. Beliau ada juga menulis cerpen dan novel tetapi tidak pernah diterbitkan kerana beliau katanya tidak mahu bertanggung jawab jika penulisannya membawa emosi yang negatif kepada pembaca. 

Puisi-puisi beliau boleh didapati dalam bentuk video di https://www.youtube.com/user/mzfaizal dan blog dalam bentuk penulisan di http://waritaku.blogspot.com

Selamat mendengarkan CeriaFM
Share:

Bro Zul & Nenek Kebayan

Nama : Bro Zul dan Nenek Kebayan
Tugas : Penyiar
Konti Rawang, Selangor

Anda pasti amat terhibur dengan kehadiran dua penyiar sejoli, pasangan suami dan isteri sama padan yang berkonti di Rawang 

Dj Nenek Kebayan mula bersiar pada 2009 bermula di ZFM, NineFM, DuniakuFM dan iRadio milik sendiri yang digelar AlamMayaFM.

Pada awal penglibatan Dj Nek sebenarnya aktif dalam kumpulan gitar rancak atau "Kugiran" dan bakat menjadi penyiar mula terserlah apabila banyak memperkenalkan kugiran beliau semasa persembahan. Pernah juga dijemput sebagai Penyiar di LangkawiFM pada suatu ketika dahulu. 

Nama Nenek Kebayan ini diperolehi setelah menyertai program pementasan "Puteri Gunung Ledang" dan memegang watak sebagai Nenek Kebayan. Sejak daripada itu nama gelaran ini lekat di kalangan pendengar. 

Mempunyai pengalaman mengendalikan siaran di majlis-majlis formal dan santai. Terhenti seketika aktiviti bersiar apabila sibuk mengendalikan perniagaan sendiri pada satu ketika namun bergiat semula pada tahun 2018 setelah dipujuk oleh Dj Sally Rahman dan kini bersiar secara tetap di CeriaFM. 

Dj BroZul pula memulakan tugas bersiar pada tahun 2011 bila menyertai iRadio DuniakuFM kemudian AlamMayaFM iradio milik mereka sendiri. Terhenti seketika bersiar atas kesibukan tugas tetapi aktif semula apabila bersama menyertai CeriaFM. 

Apabila ditanya kenapa menjadi penyiar katanya aktiviti penyiaran ini diceburi atas dasar suka-suka dan menghilangkan rasa kebosanan. Lama kelamaan aktiviti penyaran di iRadio ini seolah sebati dengan kehidupan mereka suami isteri. 
Share:

Mohd Rozaimy Mohd Diah

Nama : Mohd Rozaimy Mohd Diah
Tugas : Penyiar
Konti : Taiping Perak

Mohd Rozainy Mohd Diah atau lebih dikenali sebagai Dj Shah berasal dari Kamunting, Perak. Tugas hakiki beliau adalah di dalam bidang perkhidmatan dan bertugas di salah sebuah institusi kerajaan di Taiping. Mula bersiar secara separa masa di sekitar Taiping terutama mengendalikan majlis dan keramaian. Melibatkan diri dalam bidang musik dan amat meminati alat musik drum serta menyertai sebuah kugiran yang diberi nama "Feed Back band". Kugiran ini ada mengeuarkan "single" yang bertajuk "Dendam" dan "Kasih" yang diterbitkan oleh RltnFtc Zoom Zone pada tahun 2017. 

Feed Back Band beralamat di Taman Tasik Taiping, Jalan Gula, Simpang Semanggol, Ban Pecah, Tg.Piandang adalah terdiri daripada  vokal oleh Harry & Rizal, Gitar Utama: Harry Gitar Kedua: Rizal Bass: Adan dan  Drum : Shah. 2 buah lagu mereka telah di muat naik di youtube dan boleh dicapai di https://www.youtube.com/watch?v=yLaClnwVnfE dan https://www.youtube.com/watch?v=i3kq91iDdto .

Penglibatan sebagai Dj di CeriaFM atas jemputan oleh Dj Sally dan Fiza Fazliza sekitar tahun 2017 dan tagline beliau ketiga bertugas adalah "Sempoi Baq Ang". Kini telah diterima sebagai Dj tetap di CeriaFM. Jangan ketinggalan mengikuti ketika beliau bersegmen di CeriaFM. 



Share:

Arrie

Nama : Arrie
Tugas : Penyiar
Konti : Bandaraya Johor Baharu

Memulakan tugas di iRadio bermula pada April 2015 apabila diterima menjadi ahli keluarga LTFM sebagai penyampai radio. Beliau juga bergerak aktif di sekitar Johor Bahru sebagai Penyiar & Juru Acara untuk pelbagai aktiviti. Pernah mengendalikan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pasaraya, Bank terkemuka Malaysia dan beberapa institusi dan organisasi lain.

Pada mulanya aktiviti penyiaran ini sekadar suka-suka tapi kerana minatnya yang mendalam dan memberikan pulangan yang lumayan kini aktiviti penyiaran ini menjadi bidang yang serius. Mula bertugas di CeriaFM pada tahun 2018 sebagai penyampai radio jemputan dan kemudian diserapkan sebagai penyiar tetap.  

Bidang Seni merupakan perkara yang diminati sejak dari kecil dan kecenderungan itu barangkali diwarisi dari leluhur apabila mempunyai susur galur yang memang berbakat seni. 

Selain dari penyiar radio kebolehan seni lain yang diceburi adalah menari, persembahan teater dan rekabentuk untuk pengiklanan. Pengalaman yang paling manis adalah menyertai aktiviti Kebudayaan Negeri Johor. 

Minat terhadap seni ini mulai lebih berkembang apabila mulai berjinak dalam bidang Videografi dan antara karyanya boleh di dapati di saluran youtube (https://www.youtube.com/user/ClixsterTube)
Share:

Saloma Salma

Nama : Saloma Salma
Tugas Penyiar
Konti : Singapura

Dj Saloma memang amat disenangi oleh pendengar yang mempunyai tagline "Senyum Selalu". Mengenali dan mendengar iRadio sejak lebih kurang 3 tahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh Dj Arjunah Rindu.

Pernah bersiaran di IrasFM atas sokongan dan panduan oleh Dj Arjunah Rindu. Selain daripada itu, beliau pernah dilatih oleh DJ Hafeez penyiar yang bertugas di Radio Warna Singapura apabila mengikuti kursus asas bersiaran di radio.

Kini menjadi penyiar tetap di CeriaFM.  Pengemar lagu-lagu Retro dan klasik pasti tidak mahu ketinggalan mendengarkan Dj Saloma bersiar selain menjadi ibu kepada 3 orang anak dan suri rumahtangga sepenuh masa.
Share:

ARjunah Rindu

Nama ; Arjunah Rindu
Konti : Singapura
Tugas : Penyiar dan Ketua Juru Teknik CeriaFM

Beliau adalah pendengar tegar Radio Klasik RTM sejak 2008. Mula mengenali iRadio dari seorang kawan kira-kira 3 tahun yang lalu. Bersiaran di iRadio IrasFM merupakan pengalaman pertama bertugas di konti iradio dan sekarang berhijrah ke CeriaFM.

Bidang muzik amat diminati sejak dari kecil dan kecenderungan itu barangkali di warisi daripada ayah seorang pemuzik manakala arwah adik kandung merupakan seorang pemain drum. Bila ditanya tentang hidup pasti akan berkata bahawa "musik adalah kehidupannya". Selain musik beliau juga meminati pantun dan puisi. Hingga kini 16 nukilan telah diilhamkan. Prinsip hidupnya memang senang tetapi sukar dilaksana iaitu "selalu buat yang terbaik".
Share:

Fiza Fazliza

Nama : Fiza Fazliza
Pemilik CeriaFM
Asal : Temerloh Pahang
Share:

Sally Rahman

Nama : Sally Rahman
Tugas : Pemilik Bersama dan Penyiar CeriaFM 
Konti : Kota Tinggi, Johor Bahru

Beliau mendapat pendidikan secara formal dalam bidang sukan dari Fakulti Pendidikan UPM dan telah bersara awal dari jawatan Guru Sukan dan Penolong Kanan Petang. 

Memulakan hobi menjadi penyiar di iRadio sejak Januari 2013 setelah diterima oleh GemersikFM dan bertugas selama setahun. Pernah menjadi Penyiar tetap di Weelez Net Radio dan FulamakFM dan Penyiar Jemputan di RockmaniaFM, AlamMayaFM, AlamSeniFM dan Empayar Radio. 

Penglibatan di iRadio CeriaFM adalah sejak tahun 2015 dan sehingga kini merupakan pemilik CeriaFM bersama Fiza Fazliza. Ketika bersiaran di CeriaFM kerap menyiarkan dan mengendalikan segmen lagu-lagu "Rock Jiwang" yang amat diminati.

Selain bersiaran di iRadio, Dj Sally Rahman amat meminati sukan dan melancung keluar negara. Sukan yang diminati adalah Berenang, Bola tampar, Tenis, Badminton dan Bola jaring. 

Hobi terkini adalah Kembara Bermotosikal. Beliau beriltizam untuk menjadikan iRadio CeriaFM sebagai iRadio yang paling berjaya dan diminati ramai. Prinsip hidup adalah "Tidak Pernah Berputus Asa dan Terus Melangkah di samping menerapkan nilai Islam dan Moral yang tinggi semasa Bersiaran". 

Motto Hidup "Be The Best, Beat The Rest"  
Share:

Galeri

Waktu Solat

Bilangan Pelawat

Lagu Tersiar

Loading ...

Popular