Pilihan Lagu Terbaik

Permintaan Lagu-lagu Terbaik di CeriaFM.

Penyiar Saloma dan ARjunah

Santai bersama Penyiar Saloma dan AR yang berkonti di Kota Singa.

Menyediakan Lagu-lagu Klasik

Lagu Klasik dan Retro Bersama Saloma.

Pilihan Lagu Rock Jiwang

Bersama Penyiar Sally Rahman.

Hasrat Persahabatan

Hormat-menghormati di antara sesama.

AieeSaka - Tiada Lagi

AieeSaka atau nama sebenarnya adalah Zahari merupakan sala seorang anggota kumpulan SAKA. Nama SAKA adalah singkatan kepada Saya Adalah Kawan Anda.

Single yang pertama berjodol Tiada Lagi merupakan lagi yang dipromosikan oleh CeriaFM pada masa ini.

CeriaFM juga dimaklumkan akan terbit single ke-2 yang akan terbit dalam sekitar bulan March 2019. 

Anda dapat mendengarkan lagu single pertama AieeSaka di CeriaFM. Selamat mendengar

Mel Hannah - Hembusan Rindu

Biodata: Mel Hannah

Mel Hannah merupakan gadis kelahiran Kelantan yang telah menetap di Selangor. Beliau mula berkecimpung dalam bidang nyanyian melalui pertandingan nyanyian pada suatu masa lalu. Bakatnya tidak terhenti hanya tertumpu kepada nyanyian tetapi berminat belajar gitar ketika masih kanak-kanak.

Selain itu dia juga menpunyai bakat dalam menulis lirik dan mengilhamkan lagu. Menurutnya lagi Fauzi Aisunam merupakan orang yang bertanggung jawab dalam mencungkil bakat dan mengetengahkan bakat beliau.

Lagu Hembusan Rindu merupakan ciptaan lagu dan lirik oleh beliau sendiri. Lagu ini juga mendapat sentuhan penyusan lagu yang terkemuka iaitu Fauzi Aisunam. Guntara memainkan keyboard dari Indonesia. 

Tambah beliau lagi sekarang sedang merakamkan lagu terakhir bagi menyiapkan album pertama bersama-sama seorang lagi penyanyi baru iaitu Qasrina. Kerjaya hakiki beliau adalah merupakan seorang anggota beruniform di bawah kontijen selangor dan mempunyai harapan semoga mencapai kejayaan besar sebagai seorang penyanyi pada satu masa nanti.

Laungan Azan Terakhir

Laungan Azan Terakhir

Putaran malam bagaikan tiada berganjak walaupun sedetik
Bersama cahaya bintang yang seakan tiada memberi simpati
Pada seorang insan yang hina dina seperti aku

Gerun rasanya aku hendak memejam mata
Berdendang dalam mimpi bertamu igau ngeri
Aku terus menghitung saat demi saat yang hakis tanpa sepatah kata

Sesalan demi sesalan menghantuiku
Tangisan bagaikan sungai mengalir lesu
Namun...
Berjuta jari tetap menuding aku yang bersalah

Walaupun kalimat taubat tiada henti diucap
Hukum tetap dilaksana bagaikan kiamat yang pasti tiba
Dan pasti akan hilang sebuah jiwa

Dan sekali lagi masa berlalu begitu kejam
Mengejutkan Muazzin bangkit dari tidur menjalankan tugas dihening subuh Jumaat
Seraya mengingatkan insan bahawasanya
Solat lebih baik dari tidur

Dinding kukuh menjadi saksi pertemuan subuh ini
Sebuah jasad yang akan terpisah sebentar lagi
Terpisah batin dan zahir
Bersama laungan azan terakhir

Nukilan : ARjunah Rindu

Sahabat

Sahabat
Aku Menyayangimu Kerana Allah

Duhai sahabat..
Andai perkenalan kita ini diredhai Allah
Engkau genggamlah ukhuwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi

Duhai sahabat...
Tatkala ini air mata turun laju membasahi pipiku
Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu
Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati
Lalu kau tatap wajahku
Dan kau hadiahkan ukiran senyum terindah buatku

Duhai sahabat...
Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi
Kau berulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan
Kau datang kepadaku membisikkan kalimat Illahi...

"Cinta dunia tidak ke mana, kejarlah cinta Allah,

InsyaAllah kita ke Al-Jannah!"

Dan aku tersedar dari buaiku...

Duhai sahabat...
Sesalku tidak terungkap Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu
Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu
Kau tidak mengungkitnya kembali...
Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu

"Aku sayangi engkau demi Allah,

Aku sayangi engkau kerana Allah,

Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini, kerana Allah...”

Duhai sahabat...
Masihku ingati peristiwa itu
Tika ada perselisihan faham antara kita
Akibat aniaya orang ketiga
Kau duduk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak

Kau tebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu
Dan aku cuba menyembunyikan
Cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi

"Allah sedang menguji kita,

sejauh mana kuatnya kita mempertahankan,
Ikatan persahabatan yang kita jalinkan ini..

" Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru

Kau genggam tanganku Dan aku yakin,

kaulah sahabatku yang satu...

Duhai sahabat...
Tika itu aku merasa sebak
Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu...
Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih

Duhai sahabat... Aku berharap agar aku mampu
Menjadi seorang sahabat sama sepertimu
Sahabat yang menyayangi sahabatnya,
Sahabat yang mengasihi sahabatnya,
Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah
Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi

Moga Allah utuhkan ukhuwah kita Yang terjalin selama ini...

Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah!

Dengan setitis air mata
Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu,
Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya...

Daku sangat menyayangimu duhai sahabatku...

Nukilan Munirah Mohamad

Ulangtahun CeriaFM ke-7

Salam sejahtera buat semua rakan CeriaFM. Tanggal 3hb March 2019 merupakan hari ulang tahun CeriaFM yg ke 7. 

Semua dijemput untuk memberi ucapan secara rakaman di radio CeriaFM. Ucapan anda tidak boleh melebihi dari 40 perkataan atau lebih dari 20 saat. Sebutkan nama anda, dari mana anda dan diikuti oleh ucapan anda. Segala rakaman sila dihantarkan ke Whatsapp Dj Arjunah Rindu  di talian +6591854314.

Contoh ucapan  adalah seperti di bawah:

Tahniah CeriaFM, Syabas CeriaFM, Happy birthday CeriaFM, Dirgahayu CeriaFM, Terus maju CeriaFM, Good luck CeriaFM...

Sekian Terima Kasih.

Nota : Semua hantaran rakaman akan menjadi hak milik CeriaFM.

Tidak Boleh Berlama di Sini

Tidak boleh berlama di sini
kejaran detik singkat
bergerak laju memintas
luhur pertahan harga diri.
Usah memutus jarak waktu
nanti alpa menuju jemu
tanpa rasa pahit mengkudu
tertelankah ais membeku ?
Kita tidak akan berlama di sini
merasai nikmat rasa berbagi
hanya di hujung menanti pergi
tamatkan rentak hipokrasi.
Jendela wayang terbuka
berubah gelagat manusiawi
sentiasa lupa merobek hati
maruah diri tercalarkah lagi ?

SITI ROBIAH ISMAIL,
16 Jan 2019,
Kuantan, Pahang.

Begini Kiranya Rembulan Kesiangan

Saat engkau menjauh
di hati sebak sungguh
mengira akan detik tertangguh
tiada siapa menyungguh.
Datang keruan hiba
engkaukah yang berganda
mengintai akan ruang segala
terbuka seluas angkasa raya.
Milik Dia jiwa ini
mengerti sebu dan tepu
berombak rindu sendu
ribuan debunga layu.
Seret sukma memerah
di langit semakin dekat
kandil kecil nurnya
rembulan tetap menunggu .
Sinarnya seakan menyisih
gemawan kelam lindung
berwajah kelat dukanya
juga tak punya apa-apa.

SITI ROBIAH ISMAIL,
Kuantan, Pahang.
19 Januari 2017.

Sanggul Mak Dara Berlabuh Rindu

Tak mahu aku biar bulan berbicara
kerana ceritanya selalu sendu
sentiasa merindu
yang tak pernah bertamu.
Tak mahu aku biar si pungguk
menatap rangbulan menyinar
melewati malam sia-sia
tanpa berkedip berkelip
tidak terjangkau
apa lagi menggenggam.
Biarkan rembulan pucat kesiangan
lantaran terkesima hangat mentari
menyilau menusuk mata hitam
tetiba kelam tunduk terdiam.
Aku alam bersatu mengunci kekata
tersimpul di sanggul mak dara
tersimpan bagai permata
mengikut syariat hatta
tatkala diam lebih bermanfaat.

SITI ROBIAH ISMAIL,
20 Januari 2016,
Primula Beach Resort,
Kuala Terengganu.

Jalur-Jalur Masa

Jalur-jalur masa
yang ditinggalkan
menggamit kenangan
bermula zaman dalam buaian
bertatih meningkat usia
ilmu ditimba mengisi dada
mengorak langkah sambil berusaha
meningkatkan diri mencari yang tiada
kuatkan diri tabah cekal yakin juga
semangat berterusan menempuh
halangan yang menimpa
silih berganti tangis dan tawa
terbit sayang insan istimewa
zuriat lekat dalam hati ku jua
rindu berpanjangan tiada hentinya

Jalur-jalur masa
yang bakal menjelma
terus mara dan terus mara
rezeki dikorek pelbagai cara
dicedok bekalan ilmu yang ada
ilmu agama pengubat jiwa
mencorak diri tiada noktahnya
jaga tingkah laku agar terpelihara
di manakah insan tersayang ?
teristimewa membelai jiwa
rindu pada zuriat yang ada
tersemat di hati jauh di mata
kasih sayang membuak d dada
jiwa bergelora ku tempuh jua
menahan gelombang gelojak rasa
Kini hadir insan tersayang
Buat hati berbunga bunga
D sirami wangian kembang setaman
Untuk mengecapi sinar bahagia
seluruh alam berdendang seloka
gurindam jiwa dicemari hasad
hadirnya cuma hanya seketika

Jalur-jalur masa
sedarlah dan ku sadari
dunia hanyalah satu persinggahan
sifat jujur ikhlas dipertaruhkan
kasih sayang dilontarkan
dianggap mainan dipersenda
dengki khianat berleluasa
sifat berpura pura tidak kekal lama
akhirnya terbongkar ketahuan juga
dunia hanya pentas sandiwara
hikmah misteri pinjaman di dunia
hanya pinjaman sementara saja
jati diri menjadi benteng dalaman
iman sekelumit dipertingkatkan pula
keteguhan iman diperkuatkan lagi
demi mencari keredhaan Illahi
terus pasrah pada yang Esa
tiada yang kekal melainkan Allah
akhirat jua yang kekal abadi selamanya

Bicara terlontar seisi alam
nukilan Lizza pencetus mind

Peraduan Mereka Poster

Sempena hari ulang tahun CeriaFM yg ke-7 pada tanggal 3 March 2019, warga kerja CeriaFM ingin mengundang anda pendengar menyertai peraduan mereka cipta poster atau sepanduk khas buat sambutan ulang tahun ini. Poster atau sepanduk yang terpilih akan mendapat hadiah berupa nilai panggilan telefon sebanyak RM50. Sila hantar poster atau sepanduk ciptaan anda sebelum 25 Februari 2019.

Syarat-syarat poster atau sepanduk yang dicipta mesti mengandungi logo rasmi CeriaFM. Pastikan saiz poster atau banner anda boleh digunakan untuk hiasan utama Facebook CeriaFM atau sekurang-kurangnya bersaiz 820 pixels (21.6 cm) lebar dan 462 pixels (12.2 cm) tinggi. Poster atau sepanduk yang terpilih akan digunakan sebagai hiasan di group FB CeriaFM. Segala rekaan hendaklah dihantar kepada salah seorang petugas dan pentadbir CeriaFM.

Sekian, Terima Kasih 

P/S : Segala poster atau banner yang dikirim akan menjadi hakmilik CeriaFM.

Doa Penghujung Usia

Petikan kuliah subuh 19 Jan 2018, Surau Al Islah, Bandar Tasik Kesuma

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”

(al-Ahqaf: 15)

Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
"Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?"
(al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. 

Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) tahap, iaitu
  1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
  2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
  3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
  4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Mendapat keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja.

Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.” 

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun ?

  1. Meneguhkan tujuan hidup
  2. Meningkat daya spiritual
  3. Menjadikan uban sebagai peringatan
  4. Memperbanyak bersyukur
  5. Menjaga makan dan tidur
  6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: "Life began at forty", saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Dari sirah juga menunjukkan umur 50 adalah umur jihad, perjuangan kebenaran dan mempertahankn Islam menuju kemenangan atau syahid.

Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati'.

Penghujung Usia

Ramai orang tua hidup derita sebab tak merancang! Kalau derita sekadar di dunia ok lagi, tapi yang ditakuti derita dunia akhirat. Akhir usia ini tak payah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dengan game, media sosial atau apa saja yang tak faedah. Badan dah tak berapa larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dalam iman/ibadah.Sekarang banyak majlis ilmu. Mengajilah... Ulangkaji balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak dulu.

Cadangan Manfaat:

  1. Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga. Mantapkan juga ilmu feqah dan tasauf. Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar. Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak ada siapa nak dengar suara tua kita yg merdu tu. Yg penting banyak tadabbur quran dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.
  2. Banyakkan taubat. Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.
  3. Qodho segala solat yang pernah kita tertinggal, abaikan. Perbaiki ilmu solat. Jangan pulak masa terluang yg banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde siapa main cinta dah!
  4. Dapat RM pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya2. Itulah RM belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna RM untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua *utang kita kepada Allah* Jangan lupa hutang pada manusia yang belum dibayar!
  5. Kalau belum ke Mekah & dah ada RM pergilah Mekah. Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.
  6. Banyakkan sedekah jariah dan wakaf. Bukan sedekah kepada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah kepada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.
  7. Pagi dan petang jangan lupa buat senaman & check up hospital selalu. Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.
  8. Jangan banyak tidur sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!
  9. Jangan jadi kuli anak waktu tua. Waktu inilah anak2 yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dsbnya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!
  10. Jangan sesekali terlibat dengan bisnes! Cukuplah pencen/simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner/pak guard lah kita sampai mati.
  11. Berhati2 bagi anak pinjam RM untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu RM hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak-anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan. Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak-anak mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal. Sambil perhatikan, berilah nasihat.
  12. Berziarahlah kawan dan sedara mara sebab usia kita pun tak panjang. Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita tebus segala dosa agar kita clear dengan manusia bila mati.
  13. Akhirnya, bersabarlah hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. Banyak ingat Allah & baca quran. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.
  14. Jangan sesekali menyusahkan orang atau anak2 asbab kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.
  15. Ingatkan anak-anak jangan ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nak balas budi pada kita, sementara nyawa ada. Bila balik rumah kita jangan kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak untuk orang tuanya, bukan nak order je. Dulu kita dah susah payah besarkan mereka.
  16. Biar sisa2 umur yang kita ada ni dihargai oleh anak-anak


.... renungan untuk kita

Azam Abdul Malik

Nama: Azam Abdul Malik atau lebih dikenali sebagai Dj Azam HeRo

Konti : Konti 3, Tok Gajah Station

Beliau merupakan penyiar dari negeri Tok Gajah yang dilahirkan di Felda Kota Gelangi 1, Jerantut, Pahang dan dibesarkan di Temerloh, Pahang.

Beliau bertugas di Bandar Tun Abdul Razak, Keratong, Pahang di bahagian Pentadbiran & Perakaunan Perladangan dan merupakan bekas pelajar di Universiti Malaysia Pahang.

Dj Azam HeRo adalah antara penyiar yang amat berpengalaman di CeriaFM dan seangkatan dengan Dj Sally Rahman.

Mula menceburi bidang penyiaran seawal tahun 2010 dan pernah bertugas di iRadio lain di antaranya LepakNetFM, CiliFM, DyChintaFM, RockamaniaFM, 3RadioFM, AkasiaFM, AuraFM, MyMusicFM, Suara KenyalangFM, Nashlive Radio, FiestaFM, ApingKotaTinggi FM, LYANA FM, Radio Maya Online, Radio Semalaysia FM, Radio Sayang FM, PinetRadio, IramaMayaFM,  WheelerzNetRadio, IrasFM, FulamakFM, BaiduriFM,  Empayar Radio dan banyak lagi radio online sebagai Dj Jemputan, sebelum menyertai CeriaFM.

Selain daripada itu beliau juga aktif bersiaran dan menjadi pengacara di program-program di luar iRadio terutamanya di sekitar kawasan Pahang dan luar negeri Pahang dan sering mengendalikan majlis perkahwinan . Mempunyai minat mendalam dalam bidang penyiaran,  nyanyian, puisi, madah, sajak, memancing, bersukan, membantu di bahagian teknikal radio dan sistem siar raya sama ada nyata atau maya.