Pilihan Lagu Terbaik

Permintaan Lagu-lagu Terbaik di CeriaFM.

Penyiar Saloma dan ARjunah

Santai bersama Penyiar Saloma dan AR yang berkonti di Kota Singa.

Menyediakan Lagu-lagu Klasik

Lagu Klasik dan Retro Bersama Saloma.

Pilihan Lagu Rock Jiwang

Bersama Penyiar Sally Rahman.

Hasrat Persahabatan

Hormat-menghormati di antara sesama.

AieeSaka - Tiada Lagi

AieeSaka atau nama sebenarnya adalah Zahari merupakan sala seorang anggota kumpulan SAKA. Nama SAKA adalah singkatan kepada Saya Adalah Kawan Anda.

Single yang pertama berjodol Tiada Lagi merupakan lagi yang dipromosikan oleh CeriaFM pada masa ini.

CeriaFM juga dimaklumkan akan terbit single ke-2 yang akan terbit dalam sekitar bulan March 2019. 

Anda dapat mendengarkan lagu single pertama AieeSaka di CeriaFM. Selamat mendengar

Mel Hannah - Hembusan Rindu

Biodata: Mel Hannah

Mel Hannah merupakan gadis kelahiran Kelantan yang telah menetap di Selangor. Beliau mula berkecimpung dalam bidang nyanyian melalui pertandingan nyanyian pada suatu masa lalu. Bakatnya tidak terhenti hanya tertumpu kepada nyanyian tetapi berminat belajar gitar ketika masih kanak-kanak.

Selain itu dia juga menpunyai bakat dalam menulis lirik dan mengilhamkan lagu. Menurutnya lagi Fauzi Aisunam merupakan orang yang bertanggung jawab dalam mencungkil bakat dan mengetengahkan bakat beliau.

Lagu Hembusan Rindu merupakan ciptaan lagu dan lirik oleh beliau sendiri. Lagu ini juga mendapat sentuhan penyusan lagu yang terkemuka iaitu Fauzi Aisunam. Guntara memainkan keyboard dari Indonesia. 

Tambah beliau lagi sekarang sedang merakamkan lagu terakhir bagi menyiapkan album pertama bersama-sama seorang lagi penyanyi baru iaitu Qasrina. Kerjaya hakiki beliau adalah merupakan seorang anggota beruniform di bawah kontijen selangor dan mempunyai harapan semoga mencapai kejayaan besar sebagai seorang penyanyi pada satu masa nanti.

Laungan Azan Terakhir

Laungan Azan Terakhir

Putaran malam bagaikan tiada berganjak walaupun sedetik
Bersama cahaya bintang yang seakan tiada memberi simpati
Pada seorang insan yang hina dina seperti aku

Gerun rasanya aku hendak memejam mata
Berdendang dalam mimpi bertamu igau ngeri
Aku terus menghitung saat demi saat yang hakis tanpa sepatah kata

Sesalan demi sesalan menghantuiku
Tangisan bagaikan sungai mengalir lesu
Namun...
Berjuta jari tetap menuding aku yang bersalah

Walaupun kalimat taubat tiada henti diucap
Hukum tetap dilaksana bagaikan kiamat yang pasti tiba
Dan pasti akan hilang sebuah jiwa

Dan sekali lagi masa berlalu begitu kejam
Mengejutkan Muazzin bangkit dari tidur menjalankan tugas dihening subuh Jumaat
Seraya mengingatkan insan bahawasanya
Solat lebih baik dari tidur

Dinding kukuh menjadi saksi pertemuan subuh ini
Sebuah jasad yang akan terpisah sebentar lagi
Terpisah batin dan zahir
Bersama laungan azan terakhir

Nukilan : ARjunah Rindu

Sahabat

Sahabat
Aku Menyayangimu Kerana Allah

Duhai sahabat..
Andai perkenalan kita ini diredhai Allah
Engkau genggamlah ukhuwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi

Duhai sahabat...
Tatkala ini air mata turun laju membasahi pipiku
Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu
Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati
Lalu kau tatap wajahku
Dan kau hadiahkan ukiran senyum terindah buatku

Duhai sahabat...
Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi
Kau berulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan
Kau datang kepadaku membisikkan kalimat Illahi...

"Cinta dunia tidak ke mana, kejarlah cinta Allah,

InsyaAllah kita ke Al-Jannah!"

Dan aku tersedar dari buaiku...

Duhai sahabat...
Sesalku tidak terungkap Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu
Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu
Kau tidak mengungkitnya kembali...
Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu

"Aku sayangi engkau demi Allah,

Aku sayangi engkau kerana Allah,

Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini, kerana Allah...”

Duhai sahabat...
Masihku ingati peristiwa itu
Tika ada perselisihan faham antara kita
Akibat aniaya orang ketiga
Kau duduk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak

Kau tebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu
Dan aku cuba menyembunyikan
Cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi

"Allah sedang menguji kita,

sejauh mana kuatnya kita mempertahankan,
Ikatan persahabatan yang kita jalinkan ini..

" Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru

Kau genggam tanganku Dan aku yakin,

kaulah sahabatku yang satu...

Duhai sahabat...
Tika itu aku merasa sebak
Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu...
Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih

Duhai sahabat... Aku berharap agar aku mampu
Menjadi seorang sahabat sama sepertimu
Sahabat yang menyayangi sahabatnya,
Sahabat yang mengasihi sahabatnya,
Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah
Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi

Moga Allah utuhkan ukhuwah kita Yang terjalin selama ini...

Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah!

Dengan setitis air mata
Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu,
Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya...

Daku sangat menyayangimu duhai sahabatku...

Nukilan Munirah Mohamad

Ulangtahun CeriaFM ke-7

Salam sejahtera buat semua rakan CeriaFM. Tanggal 3hb March 2019 merupakan hari ulang tahun CeriaFM yg ke 7. 

Semua dijemput untuk memberi ucapan secara rakaman di radio CeriaFM. Ucapan anda tidak boleh melebihi dari 40 perkataan atau lebih dari 20 saat. Sebutkan nama anda, dari mana anda dan diikuti oleh ucapan anda. Segala rakaman sila dihantarkan ke Whatsapp Dj Arjunah Rindu  di talian +6591854314.

Contoh ucapan  adalah seperti di bawah:

Tahniah CeriaFM, Syabas CeriaFM, Happy birthday CeriaFM, Dirgahayu CeriaFM, Terus maju CeriaFM, Good luck CeriaFM...

Sekian Terima Kasih.

Nota : Semua hantaran rakaman akan menjadi hak milik CeriaFM.

Tidak Boleh Berlama di Sini

Tidak boleh berlama di sini
kejaran detik singkat
bergerak laju memintas
luhur pertahan harga diri.
Usah memutus jarak waktu
nanti alpa menuju jemu
tanpa rasa pahit mengkudu
tertelankah ais membeku ?
Kita tidak akan berlama di sini
merasai nikmat rasa berbagi
hanya di hujung menanti pergi
tamatkan rentak hipokrasi.
Jendela wayang terbuka
berubah gelagat manusiawi
sentiasa lupa merobek hati
maruah diri tercalarkah lagi ?

SITI ROBIAH ISMAIL,
16 Jan 2019,
Kuantan, Pahang.

Begini Kiranya Rembulan Kesiangan

Saat engkau menjauh
di hati sebak sungguh
mengira akan detik tertangguh
tiada siapa menyungguh.
Datang keruan hiba
engkaukah yang berganda
mengintai akan ruang segala
terbuka seluas angkasa raya.
Milik Dia jiwa ini
mengerti sebu dan tepu
berombak rindu sendu
ribuan debunga layu.
Seret sukma memerah
di langit semakin dekat
kandil kecil nurnya
rembulan tetap menunggu .
Sinarnya seakan menyisih
gemawan kelam lindung
berwajah kelat dukanya
juga tak punya apa-apa.

SITI ROBIAH ISMAIL,
Kuantan, Pahang.
19 Januari 2017.

Sanggul Mak Dara Berlabuh Rindu

Tak mahu aku biar bulan berbicara
kerana ceritanya selalu sendu
sentiasa merindu
yang tak pernah bertamu.
Tak mahu aku biar si pungguk
menatap rangbulan menyinar
melewati malam sia-sia
tanpa berkedip berkelip
tidak terjangkau
apa lagi menggenggam.
Biarkan rembulan pucat kesiangan
lantaran terkesima hangat mentari
menyilau menusuk mata hitam
tetiba kelam tunduk terdiam.
Aku alam bersatu mengunci kekata
tersimpul di sanggul mak dara
tersimpan bagai permata
mengikut syariat hatta
tatkala diam lebih bermanfaat.

SITI ROBIAH ISMAIL,
20 Januari 2016,
Primula Beach Resort,
Kuala Terengganu.