Sanggul Mak Dara Berlabuh Rindu

Tak mahu aku biar bulan berbicara
kerana ceritanya selalu sendu
sentiasa merindu
yang tak pernah bertamu.
Tak mahu aku biar si pungguk
menatap rangbulan menyinar
melewati malam sia-sia
tanpa berkedip berkelip
tidak terjangkau
apa lagi menggenggam.
Biarkan rembulan pucat kesiangan
lantaran terkesima hangat mentari
menyilau menusuk mata hitam
tetiba kelam tunduk terdiam.
Aku alam bersatu mengunci kekata
tersimpul di sanggul mak dara
tersimpan bagai permata
mengikut syariat hatta
tatkala diam lebih bermanfaat.

SITI ROBIAH ISMAIL,
20 Januari 2016,
Primula Beach Resort,
Kuala Terengganu.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment